Pasti ramai diluar sana yang kurang keyakinan diri dek kerana bentuk badan yang kurang menarik terutamanya kepada golongan wanita diluar sana.Seperti kisah Cik Appy Edmund atau lebih dikenali sebagai Cik Appy,dahulunya dia hanya salah seorang pengguna produk Sara Anna tetapi selepas melihat keberhasilannya,dia mula menunjukkan minatnya untuk membantu lebih ramai wanita di luar sana yang turut mengalami masalah yang sama.Sebelum itu,mari kita lihat serba sedikit kisah Cik Appy.
Sejak sekolah rendah lagi,Cik Appy selalu melihat ibu bapanya membanting tulang untuk menyara hidup keluarga mereka dikampung.Antara kerja-kerja yang dilakukan oleh orang tuanya adalah seperti mengambil upah menjahit baju,berjualan kuih dan juga menjual pakaian terpakai.Cik Appy mempunyai 7 orang adik beradik dan melihat kesengsaraan ibu bapanya yang bertungkus lumus mencari rezeki membuatkan hatinya sayu.
Keperitan yang dilaluinya kekal berlarutan sehinggalah Cik Appy memasuki menara gading,duit belanja bulanannya juga seringkali tidak mencukupi sampaikan dia tidak ingin balik ke kampung sekiranya ada cuti pertengahan semester.Krisis kewangannya kian ‘menggila’ pada tahun 2019 apabila dia sudahpun bekerja tetapi wang pendapatannya sentiasa tidak mencukupi tambahan lagi adik beradiknya yang selalu meminjam wang daripadanya.Dan apa yang lebih mendukacitakan ialah Cik Appy tidak pernah mengirim duit belanja bulanan kepada orang tuanya di kampung sejak mula bekerja di sebabkan kekangan wang yang dialaminya.Hal ini membuatkan Cik Appy ingin mencari jalan keluar untuk mengakhiri semua penderitaan yang selama ini menghantuinya.
Sehinggalah pada tahun 2019,pintu rezeki Cik Appy sedikit sebanyak telah terbuka apabila dia mula mengenali Puan Dyan yang pada masa Cik Appy mengalami masalah perut buncit yang agak ketara. ‘Sebenarnya niat saya nak pakai bengkung tu hanya nak kecilkan perut sahaja,tetapi potensi yang saya lihat untuk menjana pendapatan melalui jualan bengkung amatlah positif’. – Cik Appy
Kemudian,dia memulakan bisnes bengkungnya dengan hanya menjadi ‘Dropship’ dibawah bimbingan Puan Dyan yang pada waktu itu hanya bermodalkan RM189 iaitu bengkung yang digunakannya sendiri.Semenjak itu Cik Appy terus fokus dengan perniagaan yang di usahakannya.Walaupun bermula dari bawah,tetapi niatnya untuk membantu keluarga dikampung dan membantu lebih ramai lagi wanita
diluar sana membuatkan semangatnya terus membara.Benarlah kata pepatah,’hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’ dan itu apa yang dijadikan pedoman oleh Cik Appy sehingga kini.
Dan kini,kehidupan Cik Appy jauh lebih baik berbanding terdahulu.Kini,dia mampu untuk mengirimkan wang belanja bulanan buat kedua orang tuanya dikampung yang selama ini membanting tulang dan bertungkus lumus demi mencari sesuap nasi.Juga,segala hutang-hutang dikampung yang selama ini ‘terbengkalai’ dapat dilunaskan secara berperingkat-peringkat.Dan apa yang lebih membanggakan ialah,Cik Appy mampu membuat simpanan peribadi sehingga RM10,000 sejak memulakan perniagaan bengkung Sara Anna.Dan dia juga kini telah melahirkan lebih banyak usahawan kecil dia bawahnya dengan mempunyai seorang ‘Ejen’ dan empat orang ‘Ejen Kecil’.Konsistensi yang ditunjukkan oleh Cik Appy membuatkan kita lebih bersemangat untuk mengharungi cabaran kehidupan seharian.
Nasihat dan pengajaran yang dapat kita simpulkan hasil dari kisah Cik Appy ini adalah,jangan pernah sesekali berburuk sangka dengan kesusahan yang dilalui.Tuhan ingin kita mencari jalan keluar dengan cara berusaha dan memperbanyakkan doa kepadaNya agar sentiasa dipermudahkan segala urusan.Selain itu,letakkan impian yang tinggi dalam diri kita tetapi pada masa yang sama usaha dan kesungguhan haruslah di kerah agar ianya bergerak seiring.Dan apa yang paling penting ialah,perolehi ketenangan dalam diri agar kehidupan sentiasa lebih baik dan teratur.Sekian !
Nak ke nak anda dibantu Seperti Cik Appy? Lakukan tindakan terus ke
https://www.myrotatr.com/wa/user_5f44c6a7c2786/605028014e3cf
#pecah10kpertama
#dianadyanlegacy