Dituduh Bisnes Tayang Badan,Wanita Ini..
“Dulu nak bagi mak duit pun tak mampu,nak belikan susu anak pun tak dapat. Hutang jangan cakap lah ! Asal hujung bulan saja “kering”.
Ini adalah gambaran hidup lalu yang tak akan saya lupakan. – Puan Jeneat
Begitulah kisah yang kami dengar dari Puan Jenneat sendiri. Banyak suka-duka dan liku-liku kehidupan yang dilalui membuatkan dia untuk terus kuat menjalani kehidupan..
Walaupun Puan Jenneat sebenarnya adalah seorang wanita yang bekerjaya,namun pendapatan bulanannya itu hanya cukup-cukup makan sahaja. Kena lagi dengan hutang dan komitmen yang tinggi membuatkan dia buntu bagaimana nak ubah hidup untuk lebih baik dari semalam.
Tetapi setiap ujian itu diselitkan dengan seribu satu nikmat. Dan syukur kepada Tuhan,Puan Jenneat telah melihat jalan keluar melalui adiknya sendiri iaitu Puan Diana Dyan yang ketika itu menjalankan perniagaan secara online.
Disitu dia mula tertarik dengan bisnes yang dilakukan oleh Puan Diana Dyan dan ingin mencubanya.”Pada mulanya saya memang agak skeptikal sebab ialah,tak tahu kan nak jual macam mana produk-produk ni. Tapi saya terus belajar dan cari ilmu dengan adik saya sendiri macam mana nak berniaga di media sosial.
Banyak cabaran yang telah saya lalui sepanjang berniaga secara online ni, antaranya saya Kena Tuduh Bisnes Tayang Badan, kecaman-kecaman netizan dan yang membuatkan saya lebih sedih lagi adalah suami saya sendiri tidak yakin dengan apa yang saya lakukan.Tapi semua itu saya yakin adalah ujian dan cabaran dalam berniaga.
Syukur pada Tuhan,hasilnya dapat disemai setelah beberapa bulan saya konsisten berbisnes. Suami juga pun sekarang kini ‘redha’ dengan apa yang saya lakukan. Malahan dia tolong saya untuk COD kan barang pelanggan sekiranya saya tak cukup tangan.
Pesan saya kalau nak lakukan sesuatu pastikan kita betulkan niat dan buat sehabis baik.Biarkan apa orang nak kata sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup.Yang penting bagi nampak ‘result’ hasil daripada usaha yang telah kita lakukan.Jangan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga sahaja’.
Buat Puan Diana Dyan,terima kasih sebab kenalkan saya dengan produk Sara Anna ni dan tak jemu-jemu untuk bimbing dan bantu saya berbisnes online sehingga sekarang. Impian saya adalah nak bantu lebih ramai wanita diluar sana terutamanya suri rumah seperti mana yang telah Puan Dyan lakukan keatas saya.
-Puan Jenneat