Gagal Dalam Perniagaan,Puan Janet Tekad Untuk Bangkit. Akhirnya,Beliau Berjaya Membuktikan Yang Kegagalan Itu Adalah Satu Titik Tolak Kejayaan !
Hari ini kita akan berbicara mengenai kisah perjalanan hidup Puan Jeanneat Avitus atau lebih mesra dikenali sebagai Janet. Beliau adalah salah seorang stokis di bawah naungan Diana Dyan Legacy.
Puan Janet ialah seorang yang bekerjaya dan masih lagi berkhidmat sehingga kini. Beliau bijak mengurus masa dalam hal perniagaan dan juga tugas hakiki agar kedua-duanya tidak terabai. Hebat bukan ?! Tetapi apa yang kita nak ceritakan hari ini adalah kisah hidup Puan Janet sejak menceburi bidang perniagaan.
Bermulanya bisnes Puan Janet
•Puan Janet mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 2012 dengan membuat pelaburan perniagaan MLM yang telah memakan kos sehingga RM31,000. Tetapi apakan daya,perniagaan yang diusahakan beliau kecundang dan hanya mampu bertahan selama setahun sahaja.
•Sehinggalah pada tahun 2015,beliau mula memerhati dan mempelajari selok-belok dunia perniagaan yang dilakukan oleh adiknya sendiri iaitu Puan Diana Dyan. Dan pada tahun 2019,dengan hati dan perasaan yang berkobar-kobar untuk kembali berkecimpung di dalam dunia perniagaan,Puan Janet telah memulakan perniagaannya sebagai penjual bengkung sambil di bimbing oleh “leader” mereka iaitu Puan Dyan sendiri. Akhirnya,berkat usaha,doa,kesungguhan yang jitu,beliau telah mencapai jualan RM10,000 pertama pada tahun itu. Keuntungan perniagaan beliau telahpun mencecah RM546,641 setakat Julai 2021. Tahniah kita ucapkan kepada Puan Janet !
Tujuan yang mulia.
•Niat nak bantu keluarga tersayang,nak beri duit untuk ibu bapa tercinta,nak bantu ringankan beban suami,nak senangkan hidup anak-anak. Inilah yang mendorong Puan Janet untuk kekal tabah dan cekal dalam menempuhi segala rintangan yang telah dilaluinya.
•Pentingnya muhasabah diri dan pengawalan emosi dalam melakukan sesuatu supaya diri sentiasa tenang dalam mendepani cabaran.Tanggungjawab dan semangat yang Puan Janet telah tunjukkan cukup memberikan inspirasi dan dapat dijadikan aspirasi untuk kita semua.
Kesimpulannya,nasihat yang dapat saya rakamkan ketika sesi temu bual bersama Puan Janet ialah,janganlah kita sentiasa berfikir tentang kesusahan. Gapai peluang dan kerjakan ! Dan jangan pernah takut untuk gagal selagi belum pernah mencuba kerana setiap kemanisan kejayaan itu pasti di mulai dengan peritnya kegagalan.Selagi kita berusaha dan berdoa,Tuhan pasti akan membantu ! Amin.
Nak ke nak anda dibantu Seperti Puan Janet? Lakukan tindakan terus ke
https://www.myrotatr.com/wa/user_5f44c6a7c2786/605028014e3cf
#pecah10kpertama
#dianadyanlegacy