HomeBig WhyKAKI SUAMI PATAH DAN KAMI HILANG PUNCA PENDAPATAN

KAKI SUAMI PATAH DAN KAMI HILANG PUNCA PENDAPATAN

Salah satu agent Dyan, Puan Neoly yang merupakan seorang suri rumah yang dulu hanya
mengharapkan gaji suami namun semasa pendemik punca pendapatan hilang begitu sahaja. Kena lagi suami sakit, mengalami patah kaki dan kena bayar 5-10 ringgit dan 2 orang anak ikut juga sama-sama walaupun tempat sangat sempit dan panas.

Dengan pelbagai ujian yang mendatang, paling Neoly tidak dapat lupakan bila atap rumah selalu bocor dan hujan, terpaksa letak besen untuk mengelakkan banjir dalam rumah. Peritnya hati lagi bila Neoly sebagai seorang ibu tidak dapat tunaikan keinginan anak-anak.

“Saya Tertidur Sambil Menyusukan Anak Dan Periuk Steamer Jualan Saya Pun Terbakar”

Pelbagai bisnes yang dibuat untuk menampung sara hidup keluarga, tapi semua tidak menjadi dan tidak bertahan lama sebab tiada yang guide dan tiada langsung ilmu bisnes. Cuba untuk berbisnes jual bun. Dengan anak yang masih menyusu terpaksa berjaga malam hingga ke pagi untuk buat kuih dan esok pagi nya pula pergi keluar untuk menjual. Sampai pernah menyusukan anak hingga tertidur menyebabkan periuk steamer jualannya bocor terbakar.

“Dari Seorang Yang Tiada Keyakinan Kepada Seorang Yang Berani Untuk Tampilkan Diri”

Segalanya berubah selepas Neoly mencuba bengkung yang ditinggalkan oleh salah satu kawan di rumahnya. Neoly pun rasa sangat selesa dengan meterial kain yang tebal sikit dan nampak memang sangat berkuali. Dan yang paling best corset tidak bergulung. Jadi di sini la Neoly mulakan langkah untuk berbisnes dibawah bimbingan Dyan.

Neoly salah satu agent Dyan yang rajin masuk kelas yang Dyan dan team berikan. Dari seorang yang tiada keyakinan dan pemalu kepada seorang yang berani untuk tampilkan diri dan mempunyai impian demi keluarga dan diri sendiri.

“Syukur Saya Dapat Bayar Kelas Tuisyen Anak Saya Dan Dapat Ringankan Beban Suami”

Alhamdulillah, Selepas Neoly join Diana Dyan Legacy, taraf hidup keluarga semakin membaik. Neoly dapat hantar anak-anak ke sekolah dan siap masukkan anak dalam kelas tuisyen lagi hasil bantuan dari komisen yang Neoly dapat dari berbisnes. Neoly juga dapat meringankan beban suami untuk sama-sama menampung kos sara hidup keluarga.

Sekarang juga suami mulai faham, kenapa Neoly kena buat bisnes, kenapa Neoly kena ikut kelas dan suami juga nampak perubahan dalam diri Neoly sendiri siap berikan sokongan penuh untuk Neoly berbisnes. Suami juga kerja keras untuk support family.

“Bahagianya Bila Saya Dapat Bantu Renovate Rumah Dan Beli Satu Van Untuk Keluarga”

Dengan Komisen berbisnes jual bengkung juga, Neoly dapat bantu untuk renovate rumah yang dulunya atap rumah bocor syukur dapat baiki dan tiada sudah besen di ruang tamu untuk tadah air. Bukan itu sahaja Neoly juga siap dapat bantu suami keluarkan satu lagi van untuk berbisnes. Ini juga antara salah satu pencapaian dalam keluarga Neoly. Dyan sangat bangga dengan pencapaian Neoly, walaupun diuji dengan pelbagai keadaan Neoly tetap bangkit demi anak-anak dan keluarga.

Dyan tahu bukan mudah untuk lepas dari ujian yang mendatang apatah lagi melibatkan keluarga. Tapi percaya la cabaran itulah yang membantu kita melangkah ke depan. Dyan doakan semoga Neoly akan tetap berada dalam circle Diana Dyan dan lebih banyak impian Neoly akan tercapai.

Berminat nak dibantu seperti Puan Neoly ? Perlukan bimbingan dari Dyan ? Nak ubah hidup dengan cara berbisnes online ? Jom sertai Dyan sekarang ! Tekan link yang disediakan untuk terus berhubung dengan Dyan.

https://myrotatr.com/wa/user_5f44c6a7c2786/649a912f462ad

#dianadyanlegacy #wanitabangkitberjuang #surirumahbergaji #bisnessurirumah #bisnesonline

RELATED ARTICLES

Most Popular