HomeBebas Masalah KewanganSURI RUMAH YANG TERABAI

SURI RUMAH YANG TERABAI

Ramai yang beranggapan kerja suri rumah ini cuma goyang kaki, tunggu laki bagi duit dan habiskan duit.

Ada juga yang mengatakan bahwa kami ni sering menyusahkan suami sebab tidak pandai cari duit, padahal si isteri ni cuma mahu berikan yang terbaik dari segi penjagaan makan, minum, pakaian dan keselesaan didalam rumah mereka.

Dan tiada satu pun yang cuba faham situasi mereka, malah ada yang sampai mengata “beban kepada suami” disebabkan tidak bekerja dan tiada masa depan. Cuba korang bayangkan kita berada di tempat mereka, baru la kita rasa sebenarnya suri rumah ni lah orang yang bekerja 24 jam tanpa gaji, tanpa cuti.

Namun, hari ini semakin banyak suri rumah yang bijak dalam mengurus hal-hal rumah tangga sambil menjalankan bisnes online. Salah satunya adalah ejen Dyan sendiri iaitu Puan Vennera Maikin. Nak dijadikan cerita, setelah melahirkan anak, kisah Vennera menjadi suri rumah sepenuh masa bermula. Puan Vennera mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebab ingin mencurahkan sepenuh masanya untuk menjaga anak.

Bila ditanya apakah perasaan sepanjang bergelar suri rumah, katanya: “Betul lah, apa saja lah kita boleh buat kalau setakat suri rumah selain sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak. Dimana lagi mahu dapat duit kalau bukan dari suami.” – Puan Vennera

Setiap kali duit yang suami bagi, Puan Vennera terpaksa berjimat. Kadang terlintas di fikiran samada cukup atau tidak duit ni untuk kirim dengan ibu bapa di kampung,cukup atau tidak duit ni untuk bantu keluarga kalau ada kecemasan. Mampukah baiki rumah mama bapa dikampung yang kian hari menyembah bumi.

“Inilah yang saya fikirkan dulu selepas saya memilih untuk berhenti kerja. Saya risau tidak dapat berbakti lagi untuk kedua orang tua saya.

“Dan dulu impian saya mahu baiki rumah kampung, bertahun-tahun kerja tapi bila buat permohonan pinjaman di bank tidak pula lulus. Sedih,macam mana la tu rumah tu.” – Luahan hati Puan Vennera.

Hasil dari perkawinan Puan Vennera dan suaminya, mereka dikurniakan dengan 2 cahaya mata, dan inilah asbab yang paling kukuh untuk Puan Vennera berhenti kerja. Pada masa yang sama dia merasakan impiannya terkubur begitu sahaja. Rasa tertekan, kecewa dengan diri sendiri dan merasa hendak putus asa mula meratapi dirinya secara tiba-tiba.

Ya..menjadi seorang ibu dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja mungkin memerlukan penyesuaian yang besar dalam kehidupan seharian. Namun, Dyan juga faham bahawa Puan Vennera mungkin merasa kecewa kerana terpaksa meninggalkan kerjayanya.

Bila ditanya macam mana Puan Vennera bangkit dari rasa sedih, katanya “Selepas 7 Bulan melahirkan anak kedua, bentuk badan saya memang “totally out of shape”. Mana lagi stress fikir kewangan keluarga takut tidak cukup. Suami pun mula tegur yang diri ini tidak terurus”.

Tapi syukur terjumpa korset Sara Anna, dalam masa sebulan pemakaian, perut semakin cantik, pinggang pun mengecil dan ada shape, hati pun makin jatuh cinta dengan produk korset ni, dan saya telah buat keputusan untuk jadi Online Seller dengan jual produk orang sahaja. Tak perlu turun ke ofis. Itu lah KERJAYA saya sekarang. Suri rumah yang bergaji.

Syukur Alhamdulillah, tahun lalu Puan Vennera telah mencapai jualan sebanyak 50 ribu yang pertama! Tahniah Dyan ucapkan dan terima kasih sebab masih percaya dan masih bersama dengan Dyan dari tahun 2020 hingga ke hari ini, banyak pencapaian yang Dyan nampak hasil konsisten dan semangat Puan Vennera dalam dunia bisnes online ni.

Antaranya ialah, dapat bantu mak ayah baiki rumah sendiri. Lepas tu dah ada simpanan sendiri, tak perlu nak tunggu hujung bulan dari suami dah. Dapat belikan apa yang anak-anak mahu. Dapat bagi mak ayah duit di kamping. Dan yang paling best dapat beli apa yang kita idamkan selama ni tanpa menunggu duit gaji suami setiap hujung bulan.

Dari cerita Puan Vennera inilah Dyan yakin bahawa seseorang itu dapat mengubah waktu sukar menjadi suatu peluang untuk mengubah diri, hidup dan perspektif orang ramai bahawa suri rumah juga boleh mengejar impian dan berjaya!

Dyan doakan Puan Vennera dan kepada korang yang membaca kisah inspirasi ini sentiasa bangkit dan berjuang untuk menempuhi kehidupan di masa yang mendatang.

Berminat nak dibantu seperti Puan Vennera? Perlukan bimbingan dari Dyan? Nak ubah hidup dengan cara berbisnes online? Jom sertai Dyan sekarang!

Tekan link yang disediakan untuk terus berhubung dengan Dyan.

https://myrotatr.com/wa/user_5f44c6a7c2786/63b3f11b6fd95

#agent #ejenwanted #dianadyanlegacy #agentwanted #dropshipwanted #buatbisnes #dropshipmalaysia #bisnesonline #WanitaBangkitBerjuang #DianaDyan #KKCity #Sabah #EmpowerWomen

RELATED ARTICLES

Most Popular