Zaman sekarang dengan kos sara hidup yang tinggi, mengharapkan gaji semata tidaklah cukup untuk menampung belanja bulanan. Begitulah juga yang dirasakan oleh salah satu agent Dyan, Puan Salonika. Dulu bila masa gaji sahaja, mesti duit gaji habis untuk bayar komitmen dan bagi duit ibu bapa di kampung. Selepas itu, berbaki dalam puluhan ringgit sahaja dan Puan Salonika terpaksa berjimat sampai tunggu gaji hujung bulan seterusnya.
“ JADI AGEN JUAL PERFUME, DUIT MASUK SIKIT TAPI KELUAR BANYAK ”
Tak nak hidup berterusan dalam keadaan yang sama, Puan Salonika juga pernah cuba buat side income dimana dia menjadi dropship untuk produk perfume dan kecantikan tapi hari demi hari bukan untung yang dia dapat malahan rugi sebab kena simpan stock yang banyak tapi tiada orang beli. Tanpa dorongan dan bimbingan dari siapa-siapa Puan Salonika terpaksa menanggung rugi dan akhirnya dia berhenti buat side income.
Sangat susah bila kita cuba untuk berbisnes tapi tiada siapa yang bimbing dan ajar. Apatah lagi bila kita seorang yang tiada ilmu berbisnes dan kena lagi dipaksa untuk ambil stock yang banyak. Sebab tu, kenapa ilmu itu sangat penting.
“ SAYA PECAH RM1,000 PERTAMA WAKTU BULAN KEDUA BERBISNES..”
Segalanya berubah bila Puan Salonika beranikan diri join bisnes dibawah bimbingan Diana Dyan Legacy. Bulan pertama berbisnes, salesnya hanya RM300 tapi bila konsisten buat posting dan masuk kelas yang Dyan berikan, dengan bimbingan dari team Dyan, dia berjaya pecah RM1,000 pada bulan kedua. “Ini adalah pertama kali saya buat bisnes, sales saya pecah RM1,000 sebulan”.
Bagi Puan Salonika, dia bukan sahaja dapat bebas dari masalah kewangan tapi dia juga bersyukur berada dalam circle Diana Dyan Legacy sebab dapat bantu dirinya sendiri untuk tampil lebih yakin dan berani berhadapan dengan ramai orang. Perubahan ini sendiri dia dapat rasakan bila dia rajin masuk kelas dan dapat bimbingan dari team yang terlatih.
“SAYA NAMPAK HASIL, BERADA DALAM CIRCLE INI”
Kalau dulu Puan Salonika mula berbisnes untuk ringgankan beban komitmen yang ditanggung dan kos belanjaan bulanan tapi sekarang niatnya berubah untuk berbisnes demi ingin bantu wanita yang sama nasib sepertinya sebab Puan Salonika yakin masih ramai wanita yang menghadapi masalah sama seperti diri nya dulu dan yakin mungkin ada yang lebih teruk tapi masih buntu dan takut untuk melakukan tindakan.
Berada dalam bimbingan Diana Dyan Legacy ini banyak yang Puan Salonika dapat termasuk cara dia berpikir. Dyan sangat bangga dengan pencapaian yang Puan Salonika dapat, dari seorang pemalu dan tidak tahu berbuat apa jadi seorang yang berani tampil kedepan dan berani mengajak wanita lain untuk bangkit bersama. Dyan berharap Puan Salonika teruskan semangat dan semoga banyak lagi impian yang Puan Salonika kecapi.
Berminat nak dibantu seperti Puan Salonika? Perlukan bimbingan dari Dyan ? Nak ubah hidup dengan cara berbisnes online ? Jom sertai Dyan sekarang ! Tekan link yang disediakan untuk terus berhubung dengan Dyan.