HomeBig WhyTERPAKSA PINJAM DUIT KAWAN, UNTUK BELI SUSU ANAK

TERPAKSA PINJAM DUIT KAWAN, UNTUK BELI SUSU ANAK

Terpaksa tebalkan muka pinjam duit dari kawan-kawan untuk beli susu anak. Walaupun Pn Elisa seorang isteri yang bekerja dan suami juga bekerja tapi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, dengan gaji yang tidaklah seberapa, mereka tidak dapat menampung kos sara hidup keluarga. Pernah satu masa dahulu, susu anak pula habis. Dengan harga susu anak yang mahal, kena lagi waktu itu pula Pn Elisa dan suami tidak mempunyai duit kerana belum gaji dan Pn Elisa pun terpaksa tebalkan muka pinjam duit dari kawan untuk belikan susu anak. Itu adalah hari yang paling sedih yang pernah dihadapi oleh Pn Elisa.

“Ibu mana tak sedih bila nak beli keperluan anak pun, terpaksa meminjam”

Bermula pada itu, Pn Elisa nekad untuk cari side income dan berjanji pada diri sendiri perkara itu tidak akan berulang lagi. Ibu mana tak sedih bila untuk membeli keperluan anak pun, terpaksa meminjam.

Dengan niat dan impian yang besar demi keluarga dan anak-anak, Pn Elisa pun mencari peluang berbisnes online, memandangkan Pn Elisa juga seorang ibu yang bekerja. Syukur Pn Elisa memulakan langkah berbisnes dibawah bimbingan Diana Dyan Legacy.

“Bulan Ke 5 Berbisnes, Saya Dapat Pecah RM8,000 Sebulan”

Walaupun satu, dua bulan waktu mula berbisnes, sales Pn Elisa masih rendah tapi syukur pada bulan ke 5 dalam berbisnes online dibawah bimbingan Diana Dyan Legacy, sales Pn Elisa melonjak naik dari RM2,000 kepada RM8,600 sebulan dan nama Pn Elisa juga masuk dalam Top Sales Monthly. Bukan itu sahaja, selain dapat ubah hidup Pn Elisa dari segi kewangan, tapi berbisnes juga telah mengubah Pn Elisa menjadi seorang yang berani dan pandai menyusun strategi dalam berbisnes.

“Saya dapat belajar basic bisnes online, magic number, cara buat carta untuk bigway dan saya dapat belajar cara bahagikan masa sebagai seorang ibu, bekerja dan juga berbisnes” Dengan kelas-kelas yang diberikan secara percuma oleh Diana Dyan Legacy.

“Hasil Komisen Bisnes Online, Saya Dapat Bawa Family Bercuti”

Syukur walaupun sales Pn Elisa kadang turun naik, tetapi tetap maintain ada sales setiap bulan, siap dapat meringankan beban suami, bukan itu sahaja Pn Elisa juga berjaya menyimpan sedikit sebanyak duit ASB untuk anak-anak setap bulan hasil dari komisen yang Pn Elisa dapat.

Dyan percaya setiap rumah tangga pasti ada ujian dan selagi kita berusaha untuk mengatasi ujian dan cabaran yang mendatang, pasti setiap usaha dan urusan kita dipermudahkan. Tahniah Dyan ucapkan kepada Pn Elisa kerana berjaya sampai ke tahap ini. Semoga Pn Elisa terus berjuang bersama Diana Dyan Legacy dan akan banyak lagi impian yang tercapai.

Berminat nak dibantu seperti Puan Elisa? Perlukan bimbingan dari Dyan ? Nak ubah hidup dengan cara berbisnes online ? Jom sertai Dyan sekarang ! Tekan link yang disediakan untuk terus berhubung dengan Dyan.

https://myrotatr.com/wa/user_5f44c6a7c2786/649a912f462ad

RELATED ARTICLES

Most Popular