HomeBig WhyTidak Dapat Bagi Ibu Bapa Duit, Sampai Takut Nak Jawab Call Dari...

Tidak Dapat Bagi Ibu Bapa Duit, Sampai Takut Nak Jawab Call Dari Mereka

“Saya takutlah nak angkat call dari keluarga lebih-lebih lagi ibu bapa. Saya takutlah nak angkat call sebab nanti diorang minta duit,saya tak dapat nak beri.” Pasti ramai diluar sana pernah mengalami situasi seperti ini kan ? Inilah masalah yang selalu Puan Helcie hadapi disebabkan kekangan kewangan yang dialaminya.

Puan Helcie adalah seorang suri rumah dan mempunyai beberapa orang anak. Tanggungjawab seorang isteri adalah untuk berbakti kepada suami dan membahagiakan anak-anak. Namun pada masa yang sama,tidak dilupakan juga tanggungjawab dan amanah keluarga yang harus dijalankan. Tetapi apakan daya,tidak semua orang mampu untuk membahagiakan keluarga tercinta disebabkan faktor kekangan kewangan yang dihadapi.

Seperti Puan Helcie sendiri,dia juga tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tercinta seperti memberi wang belanja bulanan tanpa ada apa-apa halangan.Sampaikan nak buat duit simpanan di ‘bank’ pun tak dapat disebabkan kesempitan hidup yang dilaluinya.Pernah ada suatu hari,adik Puan Helcie yang ketika itu sedang menuntut ilmu disalah satu IPT tempatan,telah menghubunginya untuk meminta sedikit wang poket.Namun hasrat adiknya itu tidak dapat ditunaikan Puan Helcie dan ia amat mengecewakannya. Selain itu,isu kewangan selalu dibangkitkan dalam rumahtangga mereka dan hal seperti ini membuatkan Puan Helcie ingin mencari jalan keluar untuk mengakhiri semua masalah yang berlaku.

Sehinggalah pada Julai 2020,dia telah menceburi perniagaan bengkung Sara Anna yang pada masa itu hanyalah bermula dengan menjadi ‘Dropship’ Puan Dyan.Dan pada masa itu sudah tersemat dihatinya untuk berjaya di bawah naungan Puan Dyan. Mereka sebelum ini telah berkenalan melalui kelas ‘ARB Zoom Online’ yang dianjurkan oleh Momentum Internet. Minat dan kecenderungannya terhadap Puan Dyan jauh lebih mendalam apabila dia telah melihat sendiri keperitan dan kejayaan Puan Dyan yang memberi inspirasi kepada semua orang ketika itu. Jelas sekali aura dan semangat yang ditunjukkan Puan Dyan ketika itu membuatkan semangat Puan Helcie untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar Puan Dyan semakin berkobar-kobar.

Dan kini,segala apa keperitan yang telah dilalui Puan Helcie selama ini semakin hari semakin pudar. ‘Apa yang telah terjadi adalah satu pengajaran kepada saya untuk lebih bersedia di masa hadapan’. Puan Dyan banyak membantu dalam membimbing dan mendidik saya agar menjadi lebih kuat berbanding dahulu. Kehidupan Puan Helcie kini lebih teratur dan dia sentiasa bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang telah dianugerahkannya. Selain itu,kini Puan Helcie mampu memberi sedikit lebih bantuan kewangan kepada keluarganya apabila diperlukan dan ini sekaligus dapat membaiki hubungan sesama mereka yang selama ini agak terjejas.Juga,niat Puan Helcie yang ingin membantu untuk membaikpulih rumah orang tuanya kini dapat direalisasikan secara berperingkat.

Dan apa yang paling membanggakan ialah,walaupun hanya sekadar suri rumah sahaja,dia mampu menjana pendapatan bulanan lebih RM1,500 setiap bulan hasil daripada perniagaan Sara Anna.Siapa sangka yang dulunya hanya seorang ‘Dropship’,kini mampu menjadi ‘Stokist’ yang konsisten setiap bulan. Dia juga mempunyai sebanyak 5 orang ‘Agent’ dan 3 orang ‘Dropship’ dibawah pimpinannya. Hampir kesemua anak didik Puan Helcie adalah datang dari golongan suri rumah yang berpendapatan rendah dan juga para pelajar yang ingin mencari duit sampingan. Puan Helcie berhasrat untuk membantu lebih ramai wanita-wanita diluar sana.

Apa yang dapat dijadikan pengajaran dan pedoman untuk para pembaca kali ini ialah,janganlah kita sentiasa kekal berada di takuk kesusahan dalam jangka masa yang lama. Tunjukkan usaha dan cari jalan keluar untuk ubah hidup anda kearah yang lebih baik. Berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih bernyawa agar tiada penyesalan yang akan berlaku kelak.
’Terlalu banyak kebaikan yang Puan Dyan berikan dan tunjukkan kepada saya sehinggakan saya merasa tidak akan berputus asa dan mencuba untuk jadi terbaik’. – Puan Helcie

Nak ke nak anda dibantu Seperti Puan Helcie? Lakukan tindakan terus ke
https://www.myrotatr.com/wa/user_5f44c6a7c2786/605028014e3cf

#pecah10kpertama
#dianadyanlegacy

RELATED ARTICLES

Most Popular